NATIONAL SCIENCE FAIR FOR YOUNG CHILDREN 2009

Dicatat oleh SJK(T) RINGLET On 8:53 PM 0 ulasan





















SJK(T) Ringlet telah menyertai pertandingan National Science Fair For Young Children 2009 yang berlangsung di Tenaga Nasional Berhad (TNB) Hall, Kuala Lumpur. SJK(T) Ringlet telah memenangi tempat pertama kategori Conference Paper Presentation dan menerima hadiah wang tunai berjumlah RM500.00. Tahniah dan syabas diucapkan kepada guru-guru dan murid-murid yang terlibat di dalam menjayakan pertandingan ini.
g

Category : | edit post


SJK(T) Ringlet telah mendapat tempat pertama di dalam Pertandingan Syarahan Dan Ujian Bertulis Bahasa Malaysia 2009 Peringkat Daerah Cameron Highlands. Pertandingan Piala Perpaduan Perdana Menteri ini melibatkan semua sekolah jenis kebangsaan Daerah Cameron Highlands. Ia telah diadakan pada 20 Mei 2009 bertempat di Dewan Besar SJK(C) Brinchang. Tahniah dan syabas diucapkan kepada guru-guru dan murid-murid yang terlibat.

Category : | edit post

VISI SEKOLAH

Dicatat oleh SJK(T) RINGLET On 6:29 AM 0 ulasan

Sekolah SJK (T) Ringlet mempunyai visi yang selaras dengan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan. Visi sekolah ini adalah seperti berikut:
MENJADI SEKOLAH CEMERLANG MENJELANG TAHUN 2012

Category : | edit post

MISI SEKOLAH

Dicatat oleh SJK(T) RINGLET On 6:26 AM 0 ulasan

MELAHIRKAN INSAN YANG BERKETERAMPILAN DALAM BIDANG JASMANI , EMOSI , ROHANI & AKHLAK

Category : | edit post

SENARAI GURU –GURU BESAR SJK(T) RINGLET

Dicatat oleh SJK(T) RINGLET On 6:19 AM 0 ulasan

1. En. Muniandy Vellayan 1959
2. En. Thangavelu Nadeson 1959 – 1975
3. En. Ramasamy Palaniyappan 1976 – 1978
4. En. Krishnan Lethumanan 1979 – 1985
5. En. Chellappan Veerappan 1986 – 1994
6. En. Selvadasan Muniandy 1994 – 1997
7. En. Ramachandran Appu Nair 1997 - 2003
8. En.S.Arunagirinathan 2003 ഹിന്ഗ്ഗ sekarang

Category : | edit post

SEJARAH SEKOLAH

Dicatat oleh SJK(T) RINGLET On 6:15 AM 0 ulasan

Sekolah ini didirikan atas usaha sama En. P. Palaniappan Chettiar dan En.Minor pada tahun 1959. Enrolmen murid ketika itu adalah 23 orang murid. Penduduk telah menderma sebanyak RM 2000 untuk membina pagar dan gelanggang badminton. Pada tahun 1982 sebuah bangunan baru telah didirikan oleh kerajaan. Dua buah bilik tambahan dibina pada tahun 1986. Pada tahun 1998 dua lagi bilik darjah telah dibina. Pada tahun 1999 sebuah gelanggang serbaguna telah dibina dan sebuah bilik komputer dengan 12 buah komputer telah diwujudkan.

Category : | edit post

LATAR BELAKANG SEKOLAH

Dicatat oleh SJK(T) RINGLET On 6:05 AM 0 ulasan

Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ringlet merupakan sekolah bandar dalam daerah Cameron Highlands. Jaraknya dari bandar Tanah Rata kira-kira 15km. Sekolah ini terletak di tengah-tengah pekan Ringlet. Kedudukan yang stategik telah menyebabkan masyarakat India di sekitar kawasan Ringlet menghantar anak mereka ke sekolah ini.
Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ringlet merupakan sebuah sekolah kurang murid (SKM) dengan 11 orang guru. Jumlah murid sekolah ini adalah seramai 90 orang. Di Cameron Highlands, terdapat beberapa sekolah yang sudah ternama dalam pencapaian peperiksaan UPSRnya. Sekolah ini telah mendapat pelbagai anugerah. Salah satu anugerah yang diperolehi sekolah ini adalah Anugerah Lonjakan Saujana katogori Sekolah Jenis Kebangsaan. Oleh itu ia menjadi harapan penduduk tempatan yang mana mahukan sekolah ini berjaya dan mencapai kecemerlangan di dalam peperiksaan UPSR setiap tahun.

Category : | edit post