LATAR BELAKANG SEKOLAH

Dicatat oleh SJK(T) RINGLET On 6:05 AM

Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ringlet merupakan sekolah bandar dalam daerah Cameron Highlands. Jaraknya dari bandar Tanah Rata kira-kira 15km. Sekolah ini terletak di tengah-tengah pekan Ringlet. Kedudukan yang stategik telah menyebabkan masyarakat India di sekitar kawasan Ringlet menghantar anak mereka ke sekolah ini.
Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ringlet merupakan sebuah sekolah kurang murid (SKM) dengan 11 orang guru. Jumlah murid sekolah ini adalah seramai 90 orang. Di Cameron Highlands, terdapat beberapa sekolah yang sudah ternama dalam pencapaian peperiksaan UPSRnya. Sekolah ini telah mendapat pelbagai anugerah. Salah satu anugerah yang diperolehi sekolah ini adalah Anugerah Lonjakan Saujana katogori Sekolah Jenis Kebangsaan. Oleh itu ia menjadi harapan penduduk tempatan yang mana mahukan sekolah ini berjaya dan mencapai kecemerlangan di dalam peperiksaan UPSR setiap tahun.

Category : | edit post

0 Response to "LATAR BELAKANG SEKOLAH"

Post a Comment